PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ADUAN PENCEMARAN MINYAK DI SUNGAI PERAK, KAWASAN PULAU BANGAU AKIBAT DARIPADA AKTIVITI KAPAL PENGAMBILAN PASIR

salmiwaty 15/04/2020 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN MINYAK DI SUNGAI PERAK, KAWASAN PULAU BANGAU AKIBAT DARIPADA AKTIVITI KAPAL PENGAMBILAN PASIR
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
15/04/2020
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

4 APRIL 2020, TELUK INTAN - Aduan pencemaran minyak di Sungai Perak, Pulau Bangau akibat daripada aktiviti-aktiviti kapal yang mengangkut pasir di kawasan tersebut telah diterima oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan pada 3 April 2020. Jabatan Alam Sekitar Cawangan Teluk Intan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan siasatan di tempat kejadian serta tinjauan di sekitar Sungai Perak, Pulau Bangau mendapati terdapat 3 kapal pengambilan pasir yang tersadai dan tidak beroperasi. Di samping itu, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kesan minyak ditemui seperti yang diadukan. Walaubagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Cawangan akan terus menjalankan pemantauan setiap aktiviti pengambilan pasir di kawasan tersebut supaya tiada sebarang pencemaran sungai berlaku.