PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TUMPAHAN SUSU LATEX DARI KILANG SARUNG TANGAN GETAH DI TAIPING

salmiwaty 15/04/2020 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TUMPAHAN SUSU LATEX DARI KILANG SARUNG TANGAN GETAH DI TAIPING
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
15/04/2020
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

3 April 2020, Taiping - Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Cawangan Taiping telah digerakkan ke satu lokasi di sebuah premis sarung tangan getah disini setelah menerima aduan berkenaan tumpahan susu getah (latex) dari kilang membuat sarung tangan getah. Tumpahan cecair susu getah ini berlaku apabila ia gagal untuk disalurkan dengan sempurna dari lori tanker ke tangki simpanan premis. Pihak premis telah mengambil corrective action untuk mengawal tumpahan dengan menyedut kuantiti tumpahan cecair susu getah tersebut yang telah bercampur dengan air ke dalam tangki tunggu sedia. Tindakan menggunakan Calsium Nitrate untuk membekukan susu getah oleh pihak kilang telah berjaya mengawal tumpahan daripada masuk ke dalam parit besar dan terus mengalir masuk ke dalam sungai berdekatan. Pemeriksaan oleh pegawai JAS Cawangan Taiping dengan di laluan alurair mendapati tiada sisa susu getah dikesan dan masuk ke dalam sungai Jebong.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan