Penerangan
JERANTUT, 13 APRIL 2020 – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Temerloh telah menghadiri Satu mesyuarat khas Covid 19 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jerantut yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah. Mesyuarat berkenaan menjurus kepada status semasa kes covid-19 di lokasi-lokasi yg dikenalpasti di Daerah Jerantut serta program sanitasi tempat yang terlibat iaitu Madrasah Sg Salan dan ADTEC Jerantut. Mesyuarat ini melibatkan pelbagai agensi di peringkat daerah dan negeri.