Penerangan
JAS PAHANG TERUS MELAKUKAN RONDAAN DAN SIASATAN PEMBAKARAN TERBUKA SERTA TITIK PANAS (HOTSPOT)
GEBENG, 03 APRIL 2020 - Jabatan Alam Sekitar terus menjalankan pemantauan bagi pembakaran terbuka di lokasi hutan belukar dibelakang Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang sebahagiannya adalah tanah gambut.
Adalah diingatkan, pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan dibawah Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikompaun maksimum RM 2,000.00 bagi setiap kesalahan, denda sehingga RM 500,000.00 atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua - duanya sekali.
#kas
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#alamsekitartanggungjawabbersama