Penerangan
PEMERIKSAAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI PEKAN
PEKAN, 06 APRIL 2020 - Jabatan Alam Sekitar Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap aduan pembakaran terbuka di Kg Baru Chenderawasih, Pekan.
Api telah padam sepenuhnya dan pada masa yang sama JAS Pahang telah mendapatkan kerjasama dari pihak Jabatan Mineral dan Geosains Pahang (JMG) untuk mengaktifkan telaga tiub bagi melembapkan kawasan supaya kebakaran tidak berulang kembali.
Adalah diingatkan, pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan dibawah Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikompaun maksimum RM 2,000.00 bagi setiap kesalahan, denda sehingga RM 500,000.00 atau penjara sehingga lima (5) tahun atau kedua - duanya sekali.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang
#stayathome