Penerangan
Sesi Taklimat Dan Mesyuarat Penyelarasan Penggunaan Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) dan Nombor Fail Jabatan Alam Sekitar telah diadakan pada 13 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Teratai, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya, yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasa, dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan dan Bahagian Teknologi Maklumat. Sesi tersebut bertujuan untuk memaklum dan membincangkan cadangan penggunaan MSIC dan nombor fail JAS berdasarkan ketetapan oleh pihak Jabatan Arkib Negara. Penggunaan MSIC dan nombor fail baru ini akan digunakan sepenuhnya dalam sistem Elektronik Kawalan Alam Sekitar versi 4.0 yang sedang dibangunkan mengantikan sistem EKAS sedia ada di bawah projek pembangunan RMK-11. Taklimat dan mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 50 orang pegawai yang terdiri dari pegawai teknikal dan pentadbiran dari semua JAS Bahagian di Ibu Pejabat dan JAS Negeri. Sesi tersebut juga dijalankan secara video conference bagi JAS Negeri yang tidak dapat menghantar wakil kerana di luar Lembah Klang.