Penerangan
Nama Program : Siasatan Ke Atas 2 Buah Kilang Berasaskan Getah (Sektor Pembuatan Kritikal) di Banting, Selangor
Tempat : Banting Selangor
Tarikh : 3 April 2020
2 buah kilang berasaskan getah (sektor pembuatan kritikal) di Banting, Selangor telah disiasat bagi memeriksa tahap pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Salah sebuah kilang telah dihentikan operasi oleh JAS Negeri Selangor Cawangan Sepang kerana didapati melepaskan air buangan proses tanpa rawatan (secara pintasan) dan melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Langat.