Penerangan
Program kesedaran awam kebersihan dan keselamatan sungai di Kampung Muhibah, Kuala Baram, Miri, Sarawak telah diadakan pada 15 Februari 2020. Program anjuran bersama Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Wilayah III, Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) turut disertai oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Miri dan pelbagai agensi lain serta penduduk setempat.