Penerangan
Unit Perpustakaan Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan Bengkel Fotografi Dan Penulisan Kapsyen Bagi Penyelaras E-MUSEUM Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 10 hingga 11 Mac 2020 (Selasa & Rabu), bertempat di Bilik Seroja, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS). Objektif bengkel ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui teknik asas dan kaedah terbaik untuk mengambil gambar menggunakan kamera DSLR dan smart phone, dan memberi pendedahan kepada peserta bengkel tentang kaedah menulis kapsyen yang berkesan bagi setiap gambar yang diambil serta kemahiran yang dipelajari dapat digunakan untuk pengambilan gambar dan penulisan kapsyen dalam pelbagai situasi dan program berkaitan dengan bidang tugas masing-masing.
Seramai 20 orang peserta menyertai bengkel ini yang mana peserta-peserta terdiri daripada kakitangan Eimas & pegawai-pegawai dari JAS Ibu Pejabat.