Penerangan
Program Kesedaran Alam Sekitar diadakan pada 7 Mac 2020 di Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Bumi. Program ini disertai seramai 20 orang pelajar dari Politeknik METrO Tasek Gelugor. Terdapat sesi ceramah bertajuk ekosistem dan biodiversiti disampaikan oleh Dr. Annette Jaya Ram, pensyarah kanan USM. Dr. Norlaila Mohd Zanuri pula menyampaikan ceramah bertajuk pencemaran plastik dan mikroplastik di ekosistem marin.