Penerangan
Pada 12 Mac 2020, IPOH. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak Tuan Hj Rosli Bin Zul dijemput oleh Perak Organization Of Safety Health & Environment (POSHE) untuk satu program SEMBANG TEH TARIK POSHE BERSAMA PENGARAH JAS PERAK. Program ini memberi ruang kepada pemain industri yang hadir sebagai ahli poshe berkongsi masalah dan menerima pandangan secara terus bersama pengarah JAS Perak berhubung dengan pematuhan Akta Kualiti Sekeliling 1974.