Penerangan
12 Mac 2020, Gopeng - Pemeriksaan Penguatkuasaan telah dijalankan di sebuah Kilang Buangan Terjadual (PYDT BT) yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pemeriksaan penguatkuasaan ini merupakan pemeriksaan penutup bagi Ops Gempur 1.0 JAS Negeri Perak yang telah diadakan pada 9 Mac 2020 hingga 12 Mac 2020. Pemeriksaan penguatkuasaan ini telah diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Perak, Tuan Hj. Rosli Bin Zul dan beberapa pegawai penguatkuasaan. Hasil daripada pemeriksaan ini, 18 kompaun bernilai RM 36,000 telah dikeluarkan di atas kesalahan tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar Buangan Terjadual 2005 secara khususnya.