PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR 1.0 JAS NEGERI PERAK

salmiwaty 15/04/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR 1.0 JAS NEGERI PERAK
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
13/03/2020
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

?????? ???????????? ??.?? ?????? ????R???? ?????????????? ???????????????????????? ?????? ?????????????? ???????????????? ???? ???????? 12 Mac 2020, GOPENG. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengadakan sidang media dan majlis penutup OPS GEMPUR 1.0 yang diadakan pada 9 Mac 2020 hingga 12 Mac 2020. Ops Gempur 1.0 adalah inovasi tindakan penguatkuasaan ke atas premis yang dilesenkan oleh JAS Perak yang dijalankan merentasi daerah. Dalam Ops Gempur 1.0 ini JAS Perak berjaya menjalankan pemeriksaan ke atas 80 premis yang dilesenkan iaitu 46 kilang sawit, 4 kilang getah dan 30 premis buangan terjadual. Pendekatan baru dalam penguatkuasaan ini berjaya mengeluarkan 102 kompaun, 3 kertas siasatan dan 1 premis disyor gantung lesen bagi kesalahan-kesalahan yang dikesan semasa pemeriksaan. Pemeriksaan kali ini melibatkan 40 orang pegawai penguatkuasaan JAS Perak yang menjalankan pemeriksaan secara serentak kepada industri yang dikenalpasti Menurut Tuan Hj Rosli Bin Zul Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, pada tahun ini JAS Perak akan melaksanakan 4 program OPS GEMPUR dan akan melihat secara keseluruhan amalan industri dan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di Negeri Perak.