Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGAUDITAN PERSAMPELAN PSTW DI LOKASI PENGAWASAN AIR SUNGAI PROJEK RIVER OF LIFE 2WKLG018 (1K17)
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 13/03/2020
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
JAS WPKL bersama Bahagian Air & Marin JAS Ibu Pejabat telah melakukan pengauditan persampelan ke atas PSTW di lokasi stesen pengawasan air sungai Projek River Of Life 2WKLG018 (1K17) bertempat di Pekeliling Kuala Lumpur pada 5 Mac 2020. Pengauditan dilaksanakan oleh pegawai PSTW iaitu En. Asyrof dan En. Azlan mengambil sampel bagi frekuensi ke dua (Mac) bagi tahun 2020. JAS WPKL turut memantau keadaan semasa stesen air sungai manual Sungai Gombak tersebut bagi melihat status WQI sungai tersebut untuk dilaporkan dalam mesyuarat Task Force River Of Life. Pegawai PSTW memaklumkan ini adalah penemuan yang pertama ikan mati semasa persampelan dijalankan. Daripada pemerhatian didapati ikan tersebut telah mati beberapa hari kerana ikan mulai hancur dan berbau. Siasatan susulan ikan mati telah dilakukan oleh Unit Aduan JAS WPKL pada hari yang sama.