Penerangan
Tarikh : 11 Mac 2020
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Pejabat Y.B Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar
Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor
Catatan :
Kunjungan hormat telah dilakukan oleh Y. Bhg Tn. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, En. Mohd Famey bin Yusoff ke atas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Y. B. Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan dengan diiringi oleh KPPK Bahagian Operasi 1, En. Mohd Rashdan bin Topa, KPPK Bahagian Operasi 2, En. Mohd Amin bin Ghazali dan KPP Bahagian Pembangunan 2, En. Noor Mohd. Emran bin Amir.
Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar, cadangan KPI bagi Y. B Exco berkenaan alam sekitar, program pendidikan dan sebaran maklumat kepada masyarakat serta program-program yang bersifat masyarakat yang boleh dilaksanakan oleh JAS melalui gerak kerja portfolio Y.B Exco.
Tuan Pengarah JASNJ juga menyampaikan ucapan tahniah di atas perlantikan Y. B. sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dengan menyatakan komitmen Jabatan untuk bekerjasama dengan Y. B bagi mencapai objektif Kerajaan Negeri.