PROGRAM AUDIT TERHADAP STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH DAN PERSAMPELAN KUALITI AIR TANAH KEBANGSAAN SERTA PENGUMPULAN MAKLUMAT BERKAITAN BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG PADA 7 JANUARI 2020
Objektif program ini adalah :
- Menjalankan penilaian terhadap kos penyelenggaran dalaman dan luaran stesen pengawasan kualiti air tanah;
- Memastikan kerja-kerja persampelan dan penghantaran sampel kualiti air tanah mengikut Prosedur Tetap Program Pengawasan Kualiti Air Tanah Jabatan Alam Sekitar;
- Mengenalpasti isu berkaitan pembangunan tanah yang memberi impak kualiti air tanah kepada stesen pengawasan air tanah yang telah dikenalpasti; dan
- Mengumpul maklumat bagi menyediakan kertas cadangan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 untuk Cadangan Pengawasan Kualiti Air Tanah di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.