PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Pembakaran Terbuka Negeri Selangor Bil. 1/2020

hafeeza 09/03/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Pembakaran Terbuka Negeri Selangor Bil. 1/2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
09/03/2020
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Nama program : Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Pembakaran Terbuka Negeri Selangor. Tempat             : Bilik Kesidang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Tarikh & masa  : 4 Mac 2020 (Rabu) & 2.30 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor. Antara resolusi yang telah dipersetujui adalah pemantauan rapi ke atas tapak pelupusan sampah haram, hutan simpan dan tanah gambut oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah/Tanah (PDT) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS). Prosedur perwakilan kuasa menyiasat pembakaran terbuka kepada agensi/Jabatan yang terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diperkemaskan,bagi menyelesaikan isu kebakaran terbuka di Johan Setia, Klang yang saban tahun berlaku, PDT Klang akan menyelaras sesi libat urus bersama kesemua pemilik tanah dan para petani dalam masa terdekat ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan