Penerangan
KUANTAN, 05 MAC 2020 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menganjurkan Satu program kesedaran alam sekitar di Sek Keb Sungai Soi Kuantan kepada seramai 100 orang pelajar pra sekolah sempena Hari Air Sedunia yang akan disambut pada 22 Mac setiap tahun. Antara program yang telah diadakan adalah pertandingan mewarna dan ceramah mengenal alam sekitar. Pendedahan ini diberikan supaya para pelajar dapat menanam rasa cintakan alam sekitar seawal usia dan dapat mendidik rasa tanggungjawab dalam menjaga alam sekitar terutama dikawasan sekitar rumah sendiri.
Ceramah kesedaran telah disampaikan oleh pegawai dari JAS Pahang, En Mohd Mazha b Hj Abdul Hamid.
#mestecc
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaspahang