Penerangan
29 Februari 2020, Batu Gajah. Satu kebakaran besar yang berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Batu Gajah telah menyebabkan pencemaran udara yang serius di kawasan tersebut. Kebakaran dianggarkan berkeluasan 10 ekar dengan keluasan keseluruhan sebenar Tapak Pelupusan Sampah tersebut seluar 60 ekar. Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dan Simpang Pulai telah bertungkus lumus mengawal kebakaran dan beberapa agensi lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, PDRM, TNB dan Majlis Daerah Batu Gajah turut membantu mengawal keselamatan dan menyediakan beberapa unit jentera backhoe dan excavator tambahan untuk tujuan fire break di kawasan tersebut. Unit Aduan dan Kontigensi JAS Perak telah menjalankan siasatan dan membuat penerbangan drone bagi pemantauan dari udara bagi menilai kebakaran dan membantu pihak bomba membuat penilaian dan perancangan pemadaman secara total. Unit Pengawasan JAS Perak telah menjalankan pemantauan kualiti udara di beberapa lokasi termasuk sekolah yang terhampir dengan lokasi kebakaran. Bacaan direkodkan adalah di bawah 50 IPU serta bacaan di kawasan sempadan tapak pelupusan sampah yang terbakar IPU adalah moderate.