Penerangan
Satu sesi Kursus Penguji Ujian Pelepasan Asap Kenderaan (Diesel & Petrol) telah dianjurkan di EiMAS pada 2-4 Mac 2020. Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi latihan kompetensi yang diperlukan oleh penguji untuk mengendalikan alat meter asap dan meter gas untuk menjalankan ujian pelepasan asap kenderaan berenjin diesel dan enjin petrol mengikut SOP yang memenuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.