Penerangan
Bahagian Air dan Marin menerusi wakilnya iaitu PKK Noorazehan Baharum telah menyertai Kursus Kualiti Air anjuran DHI Water & Environment (M) Sdn Bhd pada 10 – 11 Februari 2020 bertempat di Lavender Training Room, Plaza VADS, Kuala Lumpur. Antara topik dalam bengkel ini adalah mengenai penilaian kualiti air marin dengan tenaga latihan antaranya Edgar Peter Dabbi, Malinda Auluck, Rachel Wong dan Dr. Tony Chiffings.