Penerangan
Majlis Tahlil dan bacaan Yasiin kepada arwah Encik Mohd Faizal bin Mokhtar telah diadakan pada 27 Februari 2020 jam 8.45 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu. Majlis tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Zaki bin Mat Yakim.
Arwah telah kembali ke rahmatullah pada 25 Februari 2020. Semasa hayatnya, arwah bertugas sebagai pegawai memproses EIA, gred C44 di JAS Terengganu. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.