Penerangan
Nama program : Operasi Penguatkuasaan
Tempat : Ijok, Kuala Selangor
Tarikh : 27 Februari 2020
Bertindak atas aduan orang awam berkaitan bau kimia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor Cawangan Sabak Bernam telah menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu bersama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) ke atas sebuah premis di Ijok, Kuala Selangor. Siasatan menjurus kepada aktiviti Penstoran Luar Tapak dan Pelupusan Haram Buangan Terjadual di bawah Seksyen 34B, Seksyen 18 dan Seksyen 24, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.