Penerangan
Nama Program : Majlis penyerahan surat penempatan bertugas dan bacaan akujanji perkhidmatan awam oleh Penolong pegawai Kawalan Alam Sekitar (PPK) GRED C29 Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor
Tempat : Bilik Kesidang, Jas Negeri selangor
Tarikh & masa : 13 Februari 2020 & 9.00 pagi
Seramai sembilan (9) orang PPK baharu telah melapor diri di JAS Selangor pada 10 Februari 2020. Majlis dimulakan dengan penyampaian amanat oleh Puan Pengarah yang antara lainnya menyentuh mengenai hala tuju Jabatan, 10 inisiatif MESTECC yang diterajui oleh JAS, cabaran pengurusan alam sekitar di negeri Selangor dan pengukuhan integriti. Para pegawai juga telah melafazkan ikrar akujanji memegang amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.