Penerangan
Encik Azlan Bin Ahmad, Pengarah JAS WPKL telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Kewangan di JAS WPKL yang telah dilaksanakan oleh Unit Audit Dalam Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (UAD MESTECC) bertempat di Bilik Mesyuarat JAS WPKL pada 20 Februari 2020. Wakil dari pihak UAD MESTECC telah membentangkan hasil penemuan audit kepada Pengarah JAS WPKL dan pegawai-pegawai JAS WPKL yang terlibat.