Penerangan
PENGERANG, 25 FEBRUARI 2020- Satu sesi taklimat berkenaan AKAS 1974 serta latihan menggunakan sistem e-swis telah diadakan di Projek DIALOG Pengerang pada hari ini. Seramai 34 peserta telah hadir untuk mendapatkan maklumat serta belajar menggunakan sistem e-swis oleh JAS. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hasri Bin Paino dan Unit Penguatkuasa Buangan Terjadual dari JAS Johor.