Penerangan
SKUDAI, 24 FEBRUARI 2020: Satu program interaksi Ketua Pengarah Alam Sekitar (KPAS), Puan Norlin Binti Jaafar bersama pegawai-pegawai JAS Negeri Johor telah diadakan di Pejabat JAS Negeri Johor Pada 23 Februari 2020.
Program ini diadakan sempena lawatan KPAS Bersama YB Menteri MESTECC Ke Pasir Gudang. Selain KPAS turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Encik Shafe'ee Bin Yasin, Pengarah Bahagian Udara, Puan Mashitah Binti Darus dan Pengarah Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Encik Azman Bin Mamat.
Kami di JAS Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Puan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bersama Pengarah-Pengarah yang lain ke pejabat kami.