Penerangan
18 Februari 2020, Iskandar Puteri - Mesyuarat 'kick-off' Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar(JKTAS) Negeri Johor Bil. 1/2020 telah diadakan untuk membincangkan tentang modus operandi pelaksanaan Jawatankuasa ini.
Taklimat tentang modus operandi JKTAS Negeri Johor telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JAS Johor, Encik Mohd Famey Yusoff. Mesyuarat turut membincangkan format pelaporan agensi untuk pembentangan dalam mesyuarat JKTAS yang akan datang.