Penerangan
Nama program : Kunjungan hormat deligasi dan taklimat.
Tempat : SUK, Smart Selangor Command Centre (SSCC)
Tarikh & masa :19 Februari 2020
Kunjungan hormat delegasi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor yang diketuai oleh Pengarah JAS Negeri Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar ke Pusat Pengurusan Operasi Bencana iaitu Smart Selangor Command Centre (SSCC). Delegasi telah diberi taklimat oleh Pengarah Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor, Tuan Ahmad Fairuz Mohd Yusof mengenai pengoperasian SSCC dalam pemantauan paras air laut, data meteorologi, banjir, satelit, radar cuaca dan jerebu (Indeks Pencemar Udara, IPU).