PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA 17 HINGGA 20 FEBRUARI 2020

syafini 18/02/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN DI JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA 17 HINGGA 20 FEBRUARI 2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
18/02/2020
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

Unit Audit Dalam Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (UAD MESTECC) telah menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan di pejabat Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 17 hingga 20 Februari 2020. Pengauditan dilakukan secara semakan dokumen dan pemeriksaan fizikal. Skop pengauditan merangkumi kawalan perbelanjaan, perolehan, terimaan, aset dan stor serta pengurusan kenderaan bagi tahun 2019 sehingga Januari 2020. Encik Azlan  Ahmad Pengarah JAS WPKL telah mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai audit daripada UAD MESTECC yang terdiri daripada Encik Hamzah Bin Mohd Yusob, Encik Khairul Azerin Bin Abdul Kadir, Puan Wan Nor Azlina Binti Wan Daud dan Puan Norashikin Binti Abdul Ghani semasa sesi pembukaan dan pengenalan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan