Majlis penyampaian sijil kepada pegawai-pegawai yang telah terlibat secara langsung dalam aktiviti berikut :
- Anugerah Pencapaian CEPA Tahun 2019 ;
- Prestasi Pembayaran Bil/Tuntutan Tahun 2019 ; dan
- Ops Mawar di Johor.
Penyampaian sijil-sijil telah dilakukan oleh Tuan Pengarah, Encik Ramli bin Abd. Rahman pada 13 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu.
Sijil-sijil berkenaan telah diterima oleh Tuan Pengarah JAS Terengganu di Majlis Apresiasi Jabatan Tahun 2019 dan Perhimpunan Bulanan Bil.1/2020 di Dewan Baiduri, Putrajaya daripada Ketua Pengarah JAS Malaysia, Y.Brs. Puan Hajah Norlin Jaafar.