Penerangan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Februari 2020 (Khamis) jam 8.30 pagi di Dewan Canselor, Tuan Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Turut hadir YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan Ybhg Dato’ Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha KPM. Pegawai dan kakitangan daripada Perpustakaan Gunasama telah dijemput hadir ke majlis pelancaran ini.