Penerangan
Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembinaan Infrastruktur Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar di Negeri Terengganu Bil.1/2020 telah diadakan pada 12 Februari 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Operasi), Encik Zakaria Ahmad@Mohd.
Mesyuarat turut dihadiri oleh pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Daerah Dungun dan Kemaman, Jabatan Pengairan dan Saliran Setiu, Dungun dan Kemaman.