Penerangan
Mesyuarat Sesi Libat Urus JAS Negeri Melaka bersama pihak Pengurusan Tapak Pelupusan Sampah Sanitari Sungai Udang, Indah Water Konsortium Dan Agensi Teknikal Berkaitan berhubung isu pencemaran daripada air larut resapan Tapak Pelupusan Sampah dan kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan. Mesyuarat telah diadakan pada :
Tarikh : 7 Februari 2020
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama Aras 19, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Pegawai dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tangga Batu.
Perkara yang dibincangkan adalah seperti kaedah serta prosedur pengurusan rawatan, pemantauan dan pengawasan di Tapak Pelupusan Sampah dan Loji Kumbahan meliputi potensi-potensi yang boleh menyebabkan pencemaran kepada sungai berdekatan.