Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) Menggunakan Drone di Iskandar Puteri
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 05/02/2020
- Organisasi
- DOE Johor
Penerangan
Tarikh : 2 Februari 2020 @ 11.00 pagi
Lokasi : Tapak Pelupusan Sampah Haram (TPS) di Sekitar Iskandar Puteri
Catatan: Program ini dijalankan berikutan arahan YBrs. KPAS disebabkan fenomena cuaca panas dan kering supaya aktiviti OMPT dipertingkatkan. TPS haram ini dikenalpasti sebagai salah satu hotspot kerana JASNJ kerap menerima aduan awam berkenaan kejadian kebakaran di sini. Kedudukan lokasi ini adalah berdekatan laluan Link Kedua menyebabkan ianya menjadi tumpuan awam.
Daripada program ini mendapati pihak SWCorp telah memasang kondon kawasan tersebut. Walau bagaimanapun sisa pepejal atau buangan yang masih terdapat di kawasan tersebut dan berpotensi menjadi punca kepada aktiviti pembakaran terbuka atas faktor kawasan tersebut boleh dimasuki oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pasukan drone mencadangkan semakan susulan dan dirujuk kepada SWCorp untuk tindakan seterusnya.