Penerangan
OPERASI BERSEPADU BAGI MEMASTIKAN PENGGUNA JALAN RAYA MEMATUHI PERATURAN LALULINTAS
KUANTAN, 31 JANUARI 2020 - Hari terakhir sempena Ops Selamat (Tahun Baru Cina), satu operasi bersepadu bagi memeriksa kenderaan diesel yang melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan telah dijalankan oleh pegawai penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang. Operasi ini turut melibatkan pegawai dan anggota dari PDRM (unit lebuhraya), JPJ Pahang dan AADK Negeri Pahang.
Kerjasama seperti ini akan diteruskan lagi bagi memastikan semua kenderaan mematuhi peraturan lalulintas.
#alamsekitartanggungjawabbersama