Penerangan
Tarikh : 28 Januari 2020 @ lebih kurang 11.00 pagi
Lokasi : Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor
Catatan : Kes aduan air berwarna hitam di Sungai Sibol, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Program penguatkuasaan bersepadu ini telah dihadiri oleh Majlis Daerah Kota Tinggi, KEJORA, Jabatan Kesihatan Daerah, Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), SAJ Ranhill dan JAS yang diwakili oleh Unit Penguatkuasaan JB Barat yang diketuai oleh PKK Zalina Abdullah.
Berikutan itu setiap Jabatan yang terlibat telah mengambil tindakan mengikut bidangkuasa masing-masing di mana pihak JAS telah membuat sitaan ke atas peralatan yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran untuk tujuan siasatan lanjut.
Pihak Majlis Daerah pula akan mengambil tindakan lanjut ke atas premis tersebut kerana disyaki menjalankan aktiviti sebelum mendapat lesen beroperasi.