Penerangan
Sepanjang Bulan Januari 2020, satu pasukan penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan pematuhan syarat lesen Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDTBT) disekitar Senai dan Pasir Gudang.
Sepanjang pemeriksaan, sebanyak 22 kompaun bernilai RM44,000.00 telah dikeluarkan serta merta atas perlanggaran Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan 5 Notis Arahan Di Bawah Seksyen 31 & Seksyen 37 AKAS 1974.
Pemeriksaan sentiasa dilakukan bagi memastikan semua Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDTBT) mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.