Penerangan
Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2020, pihak PDRM cawangan Trafik Muar telah melancarkan satu operasi bersepadu iaitu "Ops Selamat" pada 29 Januari 2020. Operasi ini turut melibatkan agensi penguatkuasa dari beberapa jabatan lain iaitu Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, JPJ dan Puspakom Cawangan Muar.
Seramai 8 anggota penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar telah membuat pemeriksaan terhadap kawalan pelepasan daripada enjin diesel dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Dua tawaran kompaun dan tujuh notis uji semula telah dikeluarkan dalam operasi ini.
Had pelepasan asap yang dibenarkan dari paip ekzos kenderaan diesel yang sedang beroperasi di jalanraya adalah tidak melebihi 50 Unit Asap Hartridge (HSU) atau dalam unit yang setara.