Penerangan
Pada 20 Januari 2020, Penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah mengadakan satu operasi mengesan kenderaan diesel yang melepaskan gas yang melebihi had yang dibenarkan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Operasi ini dilakukan dikawasan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Tanjung Kupang laluan ke Singapura.
Dibawah peraturan ini, mana-mana kenderaan diesel yang didapati melepaskan gas melebihi had yang dibenarkan, kompaun tidak melebihi RM2000.00 boleh dikenakan, denda mahkamah tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.