Penerangan
Kerja penguatkuasaan di bawah syarat-syarat kelulusan EIA telah dilakukan di salah satu projek di Mukim Tebrau,Johor Bahru pada 17 Januari 2020. Penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah memantau langkah-langkah kawalan hakisan dan air larian permukaan serta memeriksa kolam kelodak yang telah diselenggara.
Pihak pemaju telah diminta untuk menambahbaik kawalan hakisan serta menaiktaraf takat pelepasan akhir kolam kelodak. Pihak pemaju memberikan kerjasama yang baik semasa pemeriksaan dan mematuhi Syarat-syarat kelulusan EIA yang telah ditetapkan.