Penerangan
Wakil Bahagian Air dan Marin telah hadir ke Sesi Taklimat dan Bengkel bagi Kajian Keperluan Bisnes (BRS) Pembangunan Sistem Pelupusan Haram Menggunakan Teknologi Analisis Data Raya (Big Data Analytic) yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat.
Pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk membantu dan mempercepatkan tugas penguatkuasaan oleh pegawai JAS terutamanya berkaitan pelupusan haram dan seterusnya memperkasakan perkhidmatan JAS. Antara taklimat yang disampaikan adalah mengenai `AI and Deep Learning’ serta `Data Raya Sektor Awam’. Bengkel ini turut dihadiri oleh pihak MESTECC, pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar dari Bahagian Ibu Pejabat dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor serta W.P. Kuala Lumpur. Turut hadir adalah YBrs. Pn. Norlin binti Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar serta Pn. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar.