Penerangan
Pusat Kawalan dan Pengawasan Air, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan Kursus Pengawasan Kualiti Air Tanah - Garis Panduan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPeKAT) Dan Interpretasi Data Kualiti Air Tanah pada 26 hingga 30 Ogos 2019. Objektif kursus ini adalah untuk untuk melengkapkan pegawai-pegawai JAS dengan pengetahuan dan pemahaman berkaitan Garis Panduan Stesen Pengawasan Kualiti Air Tanah (SPeKAT) dan interpretasi data kualiti air tanah. Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan kepada pengenalan mengenai Pengawasan Air Tanah, SOP Pengawasan Air Tanah, Garis Panduan SPeKAT, peringkat sebelum, semasa dan selepas pembinaan, manual pengawasan air tanah, tatacara penyelenggaraan, tatacara persampelan mengikut SOP, Indeks Kualiti Air Tanah serta hands-on berkaitan. Penceramah adalah dari RBI MEEG Consult Sdn Bhd. dan Pakar Scieno TW Sdn. Bhd.