Penerangan
Ops Lusuh Khas Bersepadu Siri 2 telah dijalankan di beberapa premis di sekitar Kuching pada 16 Januari 2020 dengan penglibatan 79 orang anggota daripada PDRM Kontinjen Sarawak, JAS Sarawak, Jabatan Imigresen, DBKU, MBKS, MPP, SESCO, YTL dan lain-lain. Pasukan Penyiasat JAS Sarawak telah menyita bahan buangan terjadual dari premis yang tidak berlesen dengan mengenakan tindakan kompaun dan notis arahan kepada pemilik premis kerana menyalahi peruntukan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.