Penerangan
Pusat Kawalan dan Pengawasan Air, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan kursus Certified Environmental Professional in Industrial Effluent Treatment System Inspection (CePIETSI) Part I pada 22 – 26 Julai 2019. Objektif pelaksanaan kursus ini adalah untuk melengkapkan pegawai-pegawai JAS dengan pengetahuan berkaitan sistem pengolahan efluen perindustrian dan kemahiran mengaplikasikannya dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan. Kursus telah disampaikan oleh Ir. Dr. Shamsudin Ab. Latif. Sepanjang kursus, peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan pemahaman terhadap Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, unit-unit proses dan operasi Sistem Pengolahan Efluen (SPE), Performance Monitoring ke atas sistem pengolahan efluen, Industrial Effluent Engineering (Biological Process) dan Industrial Effluent Engineering (Physical Chemical Process). Peserta juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai sistem pengolahan efluen yang terdapat di industri serta proses-proses yang terlibat bagi pengolahan parameter-parameter yang berkaitan seperti BOD, COD, Ammoniacal Nitrogen, Heavy Metals dan sebagainya, Kursus ini telah mencapai objektif pelaksanaannya dan boleh diteruskan mengikut keperluan untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai JAS terutamanya bagi menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan.