Penerangan
Nama Program : Lawatan dan pemeriksaan melihat keadaan semasa infrastruktur yang dibina bagi menghadapi cuaca panas dan kering pada masa kini.
Tempat : Hutan Simpan Sungai Karang.
Tarikh : 14 Januari 2020
JAS Cawangan Sabak Bernam dan Jabatan Perhutanan Daerah Rawang (Bestari Jaya) telah menjalankan pemeriksaan bagi melihat keadaan semasa infrastruktur yang dibina bagi menghadapi cuaca panas dan kering pada masa kini. Infrastruktur yang diperiksa adalah sekatan saliran (check dam), kolam takungan, rumah pump, saliran paip HDPE dan menara tinjau (watch tower) di Hutan Simpan Raja Musa serta kolam takungan di Hutan Simpan Sungai Karang.