Penerangan
KUANTAN, 15 JANUARI 2020 - Bertempat di Bilik mesyuarat Anggerik Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang satu program Ikrar Bebas Rasuah telah diadakan bermula jam 8.30 pagi. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). IBR ini telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JAS Pahang, Puan Noor Shahniyati Bt Ahmad Shukri.
IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.