Penerangan
Nama Program : Operasi Bersepadu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama MPK, PDRM, Jabatan Imigresen, AIR Selangor, TNB dan SW CORP.
Tempat : Empat (4) premis kitar semula plastik haram di sekitar daerah Klang.
Tarikh & masa : 15 januari 2020 & 9.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.
Tindakan tegas iaitu penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) telah diambil serta merta berikutan pelanggaran kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bekalan air dan elektrik turut dipotong bagi memastikan pencemaran alam sekitar dihentikan. Operasi bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang.