Penerangan
KUANTAN, 15 JANUARI 2020 - Bertempat di Bilik mesyuarat Anggerik Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang satu program Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2020 bermula jam 8.30 pagi. Perhimpuanan dimulakan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam dan Alam Gemilang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian amanat dari Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud.
Selain daripada itu turut dilaksanakan ialah penyampaian sijil penghargaan kehadiran penuh pegawai bagi bulan Disember 2019 dan sumbangan kelahiran anak baru pegawai dari Kelab Sukan dan Sosial Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang (KASPA).