Penerangan
Tuan Pengarah JAS WPKL, Encik Azlan Ahmad telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan naik taraf loji rawatan kumbahan KLR 275, Bandar Manjalara pada 8 Januari 2020. Loji tersebut yang berkapasiti 45,000 PE ingin dinaik taraf ke 96,500 PE. Lawtan tapak dan perbincangan turut dihadiri oleh Konsultan EIA iaitu Europasia Engineering Services Sdn. Bhd, pihak pemaju iaitu Perdana Park City Sdn. Bhd dan wakil IWK KLR 275.